ILHAM MIRA SMART KIDS TRAINING CENTRE

Your creative mind kids centre!

Alatan ‹ ILHAM MIRA SMART KIDS TRAINING CENTRE — WordPress 29 Ogos 2009

Filed under: Uncategorized — norhaizan @ 9:40 PM

Alatan ‹ ILHAM MIRA SMART KIDS TRAINING CENTRE — WordPress.

 

Kenapa e-xra? 18 Ogos 2009

Filed under: Uncategorized — norhaizan @ 12:36 AM

Program cepat membaca Bahasa Melayu kaedah e-xra adalah merupakan satu-satunya program yang paling banyak permintaanya di pusat kami.

Nak tahu apa sebabnya??

1. Kaedah ini tidak memerlukan kanak-kanak menghafal 26 abjad ABC. Tidak membebankan kanak-kanak. Tak kenal huruf pun dah boleh baca!

2. Ritma. Kanak-kanak memang suka ritma. Berirama!

3. Boleh baca ayat pendek selepas kenal 2 suku kata!

4. Senang nak hafal. Tak meletihkan kanak-kanak, apa yang dipelajarinya sahaja yang akan sebagai bahan bacaannya.

5. Ada sokongan aktiviti menulis. Dan lihatlah disini; adikgenius.blogspot.com. Begitu banyak keistimewaanya

BIAR KAMI BERIKAN KEPADA ANDA SLIDESHOW PERCUMA  ASAS TEKNIK BACA KAEDAH INI DAN BUKU SUKUKATA SECARA PERCUMA!

 

Program Cepat Membaca Bahasa Melayu 17 Ogos 2009

Filed under: Uncategorized — norhaizan @ 12:58 AM

IMSmartKids TC telah menggunakan kaedah e-xra sebagai salah satu teknik cepat baca di dalam kelas tuisyen kami. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui kaedah ini dengan lebih terperinci lawati http://www.adikgenius@blogspot.com.

Saudara, adik-adik atau sesiapa sahaja boleh mendapatkan penerangan dan satu e-buku sukukata secara PERCUMA..

Jika anda masih tidak dapat acess URL ini; boleh hantar e-mail kepada saya di norhaizanmustapha@gmail.com. Saya akan membimbing anda bagaimana untuk mendapatkan hasil yang terbaik untuk kemahiran membaca anak anda.

 

IMSmartKids TC 15 Ogos 2009

Filed under: Uncategorized — norhaizan @ 8:56 PM

SEJARAH  PENUBUHAN

Ilham Mira Smart Kids Training Centre ditubuhkan pada Febuari 2006. Operasi awal syarikat ini adalah menjalan tuisyen bagi pelajar-pelajar sekolah rendah (darjah 1-5). Perkhidmatan ini dijalankan di rumah pemilik  sendiri dengan jumlah keseluruhan pelajar yang mendapatkan perkhidmatan beliau ialah seramai 30orang pelajar semuanya.

bilik belajar untuk kanak-kanak 6 tahun dan keatas

bilik belajar untuk kanak-kanak 6 tahun dan keatas

Untuk ibu bapa

Untuk ibu bapa

PEMILIK

ruang belajar kanak-kanak seawal 4 - 6 tahun

ruang belajar kanak-kanak seawal 4 - 6 tahun

 IMSmartKids TC dimiliki oleh syarikat tunggal yang bertempat di No.36-1, Jln BP1, Taman Bertam Pedana, Pulau Gadong,75200, Melaka. Syarikat pekhidmatan pembelajaran kanak-kanak ini diusahakan oleh sepasang suami isteri (Pn.Norhaizan Mustapha & En. Yusly Razali).

Bertindak sebagai Pengurus pusat pembelajaran kanak-kanak ini, isteri beliau telah  menjalankan aktiviti bagi  seluruh  organisasi ini yang kini terdiri daripada 63 orang pelajar pada tahun ini.

LATAR BELAKANG PEMILIK

Pn. Norhaizan Mustapha berkelulusan  Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah, Hons, UTM, 2002 telah memulakan kerjaya pertamanya sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih(GSTT) di Sungai Besi Kuala Lumpur pada tahun 2003. Beliau kemudiannya menjadi guru GSTT dan berganti di beberapa buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur dari tahun 2004 sehingga  2008.

Oleh kerana minat yang mendalam di dalam bidang ini beliau telah memberikan khidmat tuisyennya kepada anak-anak jiran di kuarters kediaman beliau semenjak tahun 2003 lagi. Ibu kepada 2 cahayamata ini dan anak sulong daripada 3 adik beradik ini  akhirnya membuat keputusan untuk  membuka sendiri pusat pembelajaran kanak-kanak di kawasan kediamannya sekarang (Melaka) atas keperihatinan beliau melihat perkembangan akademik kanak-kanak khususnya di sekitar  kawasan tempat tinggal beliau.

Suami beliau pula seorang anggota tentera di salah sebuah kem tentera di Melaka (maaf, tidak dapat dinyatakan atas sebab-sebab keselamatan) begitu menyokong usaha-usaha beliau. Beliau menjalankan semua urusan promosi dan pentadbiran IMSmartKids TC.

PROGRAM – PROGRAM IMSmartKids TC.

1. Tuisyen sekolah rendah (darjah 1-6/UPSR)

2. Tuisyen Pre-School (5 & 6years)

3. Program Cepat Membaca E-xra (Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris)

4. Kelas mengaji (Al-Quran, Muqaddam, Iqra’) dan Fardhu Ain

5. Perancangan kelas-kelas lain semasa cuti sekolah;

a. Kelas  Menthal Arithmetics

b. Kursus Mini Teknik Cepat Baca (Ibubapa)  

c. Kursus  Teknik Belajar (PERCUMA)

 

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.